Frequently Asked Questions

English

What is the 1Gbps Trial?

The 1Gbps Trial is a directive led by UNN and supported by all Brunei Telco’s, AITI and Darussalam Assets. It is a minimum 2-months and maximum 6-months trial period of launching Gigabit Fibre speeds in Brunei Darussalam. If you wish to enrol, please fill in the form and we will reach out to you if you are selected and eligible to join this trial.

How fast will my internet speed be when I join to the 1Gbps trial?

The internet speed will be up to 1Gbps. However, the speed will be dependent on other factors such as location of testing, set up of your router, etc.

How much data can I use?

You will be given a quota of 10TB per month. However, bear in mind we will follow the fair usage policy and your plan will be throttled once data consumption exceeds this limit.

How do I use the 1Gbps plan?

UNN will provision the 1Gbps plan to your account, and it will be available to use via a separate port on the ONT by using a LAN cable. However, if you currently have a separate router, you may plug in a LAN cable to the 1Gbps port and connect it to the router. You will then be able to use the 1Gbps speeds over WiFi.

Which port should I use to access the 1Gbps plan?

You will be provided this information if you choose to enrol in this trial.

Will my existing plan be affected?

No, your WiFi functionality on your existing plan and payments will not be affected and will remain as is.

When will the trial period start?

The trial begins from 15 December 2022 until 31 May 2023.

Will I need to provide feedback for the trial?

Yes, you are required to provide weekly feedback to UNN. UNN will provide this information to you via email from the email address attached to your account. Kindly read the T&C under 4. Trial Questionnaire and Survey.

Is there any payment involved to participate in the trial?

No, there is no fee to participate in the trial.

How do I opt out of the trial?

You can opt out of the trial at any time by calling 177.

Bahasa Melayu

Apakah percubaan 1Gbps?

Percubaan 1Gbps adalah arahan yang diketuai oleh UNN dan disokong oleh semua Telco-Telco Brunei, AITI dan Darussalam Assets. Ia adalah tempoh percubaan minimum 2 bulan dan maksimum 6 bulan untuk melancarkan kelajuan Gigabit Fiber di Negara Brunei Darussalam. Jika awda ingin menyertai percubaan ini, sila isikan borang dan kami akan menghubungi awda sekiranya awda telah terpilih dan layak untuk mengikuti percubaan ini.

Berapakah kelajuan internet saya apabila saya ikut serta percubaan 1Gbps?

Kelajuan internet awda akan mempunyai kelajuan sehingga 1Gbps. Walau bagaimanapun, kelajuan akan bergantung pada faktor lain seperti lokasi, penyediaan penghala awda, dan sebagainya.

Berapakah jumlah data yang boleh saya gunakan?

Awda akan diberikan kuota sebanyak 10TB sebulan. Walau bagaimanapun, kami akan mematuhi dasar penggunaan yang adil dan pelan awda akan dikurangkan kelajuan apabila penggunaan data awda melebihi had tersebut.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan pelan 1Gbps?

UNN akan menyediakan pelan 1Gbps ke akaun awda dan ia akan tersedia untuk digunakan melalui port berasingan pada ONT dengan menggunakan kabel LAN. Walau bagaimanapun, jika pada masa ini awda mempunyai penghala yang berasingan, awda boleh memasangkan kabel LAN ke port 1Gbps dan menyambungkannya ke penghala. Awda kemudian akan dapat menggunakan kelajuan 1Gbps melalui WiFi.

Port manakah yang patut saya gunakan untuk mendapatkan akses ke pelan 1Gbps?

Maklumat tersebut akan diberikan jika awda memilih untuk mendaftar dalam percubaan ini.

Adakah pelan saya yang sedia ada akan terjejas?

Tidak, fungsi WiFi pada pelan awda dan pembayaran awda tidak akan terjejas dan akan kekal seperti biasa.

Bilakah tempoh percubaan akan dimulakan?

Percubaan akan bermula pada 15 Disember 2022 hingga 31 Mei 2023.

Adakah saya perlu memberikan maklum balas untuk percubaan tersebut?

Ya, awda dikehendaki memberikan maklum balas setiap minggu kepada UNN. UNN akan memberikan maklumat ini kepada awda melalui e-mel daripada alamat e-mel yang dilampirkan pada akaun awda. Sila baca terma dan syarat yang dilampirkan di bawah 4. Soal Selidik dan Tinjauan Percubaan.

Adakah terdapat sebarang bayaran yang terlibat untuk menyertai percubaan?

Tidak, kami tidak mengenakan pembayaran untuk menyertai percubaan ini.

Bagaimanakah cara untuk menarik diri daripada percubaan?

Awda boleh menarik diri daripada percubaan pada bila-bila masa dengan menghubungi 177.