Frequently Asked Questions
Apakah promosi Ganjaran Home WiFi?
Progresif menawarkan promosi yang memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang mendaftar ke pelan-pelan Home WiFi. Tawaran ini mempunyai dua pilihan:
Pilihan 1:
Awda akan mendapat sewa bulan pertama secara percuma dan harga pemasangan yang bernilai $100 akan ditiadakan. Awda juga akan mendapat ganjaran mengikut pelan Home WiFi yang awda langgani. Tempoh kontrak bagi tawaran ini adalah 18 bulan.
Pelan | Kelajuan | Data | Harga | Harga Bulan Pertama | Ganjaran |
One Home | 50 | 250 | $50 | $0 | 300GB Add-on |
100 | 250 | $59 | $0 | ||
One Home Plus | 50 | 500 | $59 | $0 | |
50 | 1000 | $100 | $0 | 32-inch Android TV or $200 Voucher or 300GB Add-on | |
100 | 1000 | $105 | $0 | ||
100 | 2000 | $175 | $0 | Karaoke Set with Screen or 32-inch Android TV or $400 Voucher or 300GB Add-on | |
200 | 2500 | $300 | $0 | ||
Zoom | 50 | Zoom | $155 | $0 | |
100 | Zoom | $299 | $0 |
Pilihan 2:
Awda akan diberikan peluang untuk mencuba Home WiFi Progresif tanpa kontrak dengan diskaun untuk 2 bulan. Selepas 2 bulan, harga pada pelan yang awda pilih akan kembali ke harga asal. Langganan baru akan dikenakan yuran pemasangan bernilai $100.
Jika awda ingin mendaftar dengan pelan yang mempunyai tempoh kontrak selama 18 bulan, awda akan mendapat ganjaran mengikut pelan Home WiFi yang awda langgani.
Pelan | Kelajuan | Data | Harga | Harga Bulan Kedua | Diskaun | Ganjaran |
One Home | 50 | 250 | $50 | $45 | $10 | 300GB Add-on |
100 | 250 | $59 | $54 | $10 | ||
One Home Plus | 50 | 500 | $59 | $54 | $10 | |
50 | 1000 | $100 | $80 | $40 | 32-inch Android TV or $200 Voucher or 300GB Add-on | |
100 | 1000 | $105 | $85 | $40 | ||
100 | 2000 | $175 | $145 | $60 | Karaoke Set with Screen or 32-inch Android TV or $400 Voucher or 300GB Add-on | |
200 | 2500 | $300 | $250 | $100 | ||
Zoom | 50 | Zoom | $155 | $125 | $60 | |
100 | Zoom | $299 | $249 | $100 |
Berapa lamakah tempoh kontrak bagi promosi ini?
Promosi ini mempunyai dua pilihan, iaitu dengan kontrak bertempoh 18 bulan dimana sewa bulan pertama awda adalah percuma dan awda akan mendapat ganjaran mengikut pelan Home WiFi yang awda langgani. Pilihan kedua adalah tawaran tanpa kontrak yang memberikan awda peluang untuk mencuba Home WiFi Progresif selama 2 bulan dengan diskaun pada bayaran bulanan.
If the customers want to waive the first month rental and get rewards, the contract period is for 18-months. If customers want to try Progresif service only, they can sign up for the 2-months discount on a no-contract trial.
Berapa lamakah promosi ini akan dijalankan?
Promosi ini dijalankan sehingga 31 Ogos 2022.
Adakah saya perlu membayar bayaran pendahuluan bagi promosi ini?
Bagi Pilihan 1, awda akan mendapat sewa bulanan bagi bulan pertama secara percuma dan yuran pemasangan percuma, jadi awda tidak perlu membuat bayaran pendahuluan.
Bagi Pilihan 2, awda hendaklah membuat bayaran pendahuluan untuk pelan Home WiFi yang terpilih pada harga potongan yang diberikan dan juga yuran pemasangan bernilai $100 bagi pelanggan baru.
Bagaimanakah Add-on 300GB percuma akan diberikan kepada pelanggan yang mendaftar ke ganjaran ini?
Awda akan menerima Add-on 300GB awda selepas 7 hari waktu bekerja.
Bagaimanakah ganjaran-ganjaran seperti Android TV, Set Karaoke dan Baucar akan diberikan?
Setelah mendaftar, kami akan membuat pemeriksaan kredit untuk memastikan yang awda layak untuk mengambil promosi ini. Setelah disahkan, kami akan mengesahkan dengan rakan kongsi kami mengenai ketersediaan stok. Kami akan menghubungi awda untuk mengaturkan penghantaran atau pengambilan.
Siapakah yang layak mengambil promosi ini?
Pelanggan baru, pelanggan yang berpindah dari pembekal perkhidmatan atau pelanggan Mobile yang sedia ada tanpa langganan Home WiFi layak mengambil promosi ini.
Saya adalah pemegang kad pengenalan berwarna hijau yang menetap di Brunei. Bolehkah saya mendaftar ke promosi ini?
Awda tidak layak untuk mendaftar ke tawaran yang memberi ganjaran, tapi awda boleh mendaftar ke promosi yang tidak memberi ganjaran dengan deposit $100 untuk pendaftaran baru disertakan dengan kad pengenalan yang sah selama 3 bulan atau permit pekerjaan.
Siapakah yang saya perlu hubungi untuk bantuan dan maklumat lanjut?
Untuk maklumat yang lanjut, awda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di 822 0177, membuat panggilan ke 177, menghantarkan DM melalui media sosial atau mengunjungi cawangan-cawangan Progresif yang berdekatan.